6.

Kembali ke Tanah Ratu.

Sudah beberapa hari di sini, jet-lag masih terasa. Cuma, ya, jet-lag di Eropah pada aku jauh lebih baik berbanding di Asia. 

Apa yang berlaku sejak beberapa bulan lepas sebenarnya sangat mengganggu fikiran. Ada beberapa keputusan besar yang perlu dibuat. Perlu fikir semasak mungkin. Biar rentung hangus tak mengapa sebab menyesal di kemudian hari dan rasa marah terhadap diri sendiri lebih berat untuk aku tanggung.

Sebaik turun dari keretapi aku hampir tak kenal ranah yang selalu aku mesrai suatu ketika dahulu. Aduhai. Baru 2 bulan aku tinggalkan, sebegini besar perubahanmu. Aduhai kamu, ranah yang kumesrai sejak hampir 5 tahun dahulu.

Advertisements