17.

Menurut aku, sebelum memilih untuk berada di aliran pemikiran yang mana, menjadi sebuah kemestian untuk kau teliti dan fahami asal usulmu, jati dirimu dan latar belakangmu terlebih dahulu. Dan ini semua memerlukan masa, proses membaca, berdialog dan menghadam yang menggunung. Bahkan sehingga kini aku masih melalui proses yang sama, berulang-ulang kali di dalam kitaran yang entah ke-berapa jumlah. Aku cuba membuka fikiran seluas-luasnya menerima dan bersedia mempelajari segala yang baik seterusnya mengaplikasi, selagi masih di dalam batas ‘Allah yang satu dan Nabi Muhammad s.a.w sang rasul penyampai wahyu’.

Oleh yang demikian, adalah terlalu zalim dan tidak adil untuk kau memaksa mereka yang kecil lingkungan dunia, terhad pendidikan dan pengetahuan untuk menganuti aliran pemikiran yang kau fikir betul.

Advertisements