20.

Jadi orang perempuan ini susah.

Bukanlah nak kata jadi orang lelaki itu lebih senang. Saya sedar lelaki dan perempuan ada tugas yang berbeza, saling melengkapi, bla bla bla. Saya tahu tu.

Tetapi apabila melihat dari satu aspek iaitu aspek sosial – menjadi seorang perempuan secara automatik lebih susah. Dalam konteks hidup bermasyarakat, setiap tindak tanduk seorang perempuan akan diperhatikan dan dinilai seterusnya dihakimi – masuk syurga ke neraka minah ni.

Terlebih berkata-kata dan budi bicara, nanti dikata miang gatal hendak berlaki. Lebih parah, jika dikatakan cuba mencaras hak perempuan lain. Jadi ada baiknya jika ‘diam’.

Berdiam diri zaman sekarang tidaklah boleh diandai melulu ‘setuju’. Definisi ‘diam’ zaman sekarang saya kira lebih luas dan tidak wajar disempitkan sebagai “diam tu tandanya setuju letteww hikhikhik” – sesuai dengan situasi si dara dipinang rombongan si jejaka.

Advertisements