23.

Tips mengembara ke Myanmar (draf):

  1. Tukar wang ke USD yang BARU sahaja (tahun 2009 ke atas). Sampai di sana baru boleh tukar ke mata wang Kyat. Pastikan wang USD tidak berlipat, tidak berconteng. Pendek kata mint, crisp. Suci dari sebarang noda. Boleh tahan tahap OCD orang Myanmar ni. ‪#‎jenakahambar‬
  2. Digalakkan bawa USD campur-campur $1, $5, $10, $20, $50, $100. Mana tahu, tahap OCD tempat nak tukar ke Kyat tu ekstrim, boleh simpan USD yang kecil-kecil, guna yang besar sahaja.
  3. Jika anda berada di Kota Kinabalu, tukar wang di Wisma Merdeka. Pergi ke Gaya Money Changer Sdn Bhd. Nilai tukaran di situ lebih baik berbanding Ban Loong Enterprise Sdn Bhd (uncle di situ juga seperti sedang di ambang menopaus — perengus satu macam). Gaya Money Changer juga ada USD smaller notes yang baru (mint, crisp and unstained).
  4. Jika mengembara pada bulan Nov-Feb, dan banyak menggunakan pengangkutan awam di sebelah malam (night train/bus), bawalah baju thermal/fleece yang memerangkap haba.
Advertisements