35.

Sejak akhir-akhir ni aku kembali tulis diari. Diari dalam bentuk app je pun. Dah lama sebenarnya aku beli app ni, tapi jarang pakai. Pakai hanya bila nak curhat. Pendek kata yang berkait rapat dengan masalah jiwa, cinta aje. *cough*

Dah 2 minggu dia balik Norway. Dua minggu jugak aku survived menghiburkan diri dengan macam-macam cara – meeting more travellers, beli sofa baru (woohoo!). Bukanlah menderita sangat pun. After all, we didn’t declare as a couple – although we love each other. Pelik tapi benar. In fact we don’t communicate that much. Dan semuanya melalui emel. Aku yang memilih untuk tak mintak nombor telefon dia di Norway dan dia jugak memilih untuk tak beri secara sukarela. Kenapa? Entah.

Mungkin sebab masing-masing mahukan ruang. Aku perlukan ruang peribadi yang besar, yang aku pernah ada sebelum Valentine’s Day hari tu (yes we met on the 14th Feb). Untuk dia, aku juga beri ruang seluas-luasnya. In fact, I let him to decide. Dan sekiranya dia jumpa orang lain – I think I am okay with that.

Kalau pernah tengok siri Nic & Mar, ada dialog yang aku paling ingat:

Nic: Hubungan dua orang tuh gak gampang ya. Walaupun udah cocok, udah saling kenal, tapi kayaknya itu aja gak cukup.

Mar: Jadi kurang apa?

Nic: Ya maksudnya, nyaman aja gak cukup. They need to share the same dream, they need to want the same things.

Dialog yang menggambarkan situasi aku sekarang. Banyak yang memisahkan antara aku dengan dia: Impian – dia mengembara selama 6 bulan setahun, aku mengembara bila ada kelapangan; Mahu – dia mahu di Norway, aku terikat di Malaysia; Agama – dia masih mencari, berjiwa carefree dan belum tentu mahukan Islam, aku dengan izin Tuhan akan terus kekal di dalam Islam.

Oleh itu, ruang-ruang yang kami cipta untuk diri masing-masing tu adalah untuk menilai sejauh mana blok-blok pemisah itu perlu diruntuhkan atau dibiarkan.

Advertisements