42.

I’m officially a year older by today. BIG SIGH. — Berikut merupakan perasaan dan pengalaman aku sepanjang (dan masih) berada di dalam usia 30-an:

  1. Ini adalah masa di mana kau sepatutnya berada di puncak kerjaya. Atau paling kurang pun membina kerjaya. Jadi bila tak perform macam kawan-kawan lain baik di sektor swasta atau gomen, sedikit sebanyak aku akan rasa macam loser.
  2. Aku sayangkan kerjaya aku. Aku suka apa yang aku buat. Cuma kadang-kadang takde motivasi. Suasana tempat kerja terlalu laid back dan relaks. In a way, bagus juga. Sebab aku pun tak tahu aku tahan ke tidak tekanan tempat kerja macam di KL.
  3. Masa ni juga aku jadi gila untuk mengembara. Aku cuba macam-macam teknik mengembara. Mengembara secara rough, 100% hitch-hike dan hidup macam nomad (i.e. tidur di hutan) saja yang aku belum buat lagi. Tapi ada beberapa benda yang aku terfikir sejak akhir-akhir ni. Aku risau kalau aku tak dapat teruskan kesukaan aku yang satu ni suatu hari nanti (atas 1-2 faktor).
  4. Di usia ini juga seseorang tu kebiasaannya akan mula mengumpul hartanah. Aku sendiri dah terjebak menjadi pemilik sebuah kondo duplex. Nak kata pemilik tu tak berapa tepat sebenarnya. Sebab masih bayar kat bank bulan-bulan.
  5. Keluarga a.k.a jodoh. Di usia ni kebiasaannya seseorang manusia tu sedang sibuk membesarkan waris-warisnya di atas muka bumi ni. Aku tak berapa fikirkan hal ni sebelum ni. Tapi lepas jumpa O, hal kahwin dan settle down tak dinafikan menerjah ke ruang fikiran dan hati aku. Dan aku tahu dia pun sama. Beberapa kali dia sebut pasal masa depan kami. Tapi..

.. kemahuan dan hala tuju hidup kami buat masa sekarang terlalu berbeza. I am not denying that we clicked very well. I feel home whenever I’m with him. But feelings can be deceiving. Sometimes we are tricked into thinking “ego fuel” from a relationship; a genuine liking for someone & connecting with that person; a tremendous fear of losing him/her: as LOVE. So I delved deeper into myself to find out what kind of feelings I have exactly for O. I haven’t figured it out yet and I’ve decided to move on.. After all, true love has a habit of coming back, yes? Well, if it is a true love lah kan?

I guess today will be just another boring birthday. Paling last aku biarkan hari lahir aku sebagai hari yang membosankan adalah pada tahun 2009. It sucks. Tahun-tahun berikutnya aku sentiasa buat plan pada 1 Julai:

2010 – Mengembara solo ke Iceland.

2011 – Pergi ke tempat-tempat yang aku tak pernah jejak di sekitar Birmingham melalui terusan (canal).

2012 – Mengembara solo ke Itali.

2013 – Ambil course motorgliding di Bicester Airfield. 1064235_10151440429906793_1343616959_o

2014 – Pergi Amsterdam sebelum konvo.

10502218_10152090200071793_6024947474450749881_n

2015 – Baked a cake for myself 2 days ago. It was good. Gave some to neighbour next door. 20150629_195418 Kalau aku masih hidup tahun depan, aku akan plan sesuatu pada 1 Julai 2016.

Advertisements