47.

Terjumpa terjemahan puisi Rumi ini dan aku terus jatuh suka:

KEMBALI PADA TUHAN

jika engkau belum mempunyai ilmu
hanyalah prasangka
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan

begitulah caranya!
jika engkau hanya mampu merangkak
maka merangkaklah kepada-Nya!

jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja

begitulah caranya!
wahai pejalan!
biar pun telah seratus kali engkau ingkar janji
ayuhlah datang dan datanglah lagi!

Kerana Tuhan telah berfirman:
“ketika engkau melambung ke angkasa
atau pun terpuruk ke dalam jurang
ingatlah kepada-Ku,
kerana Akulah jalan itu.”

Maulana Jalaluddin Rumi

Advertisements