51.

  • I’m glad I started to blog again. Somehow, I forgot how blogging benefited me indirectly. But these days, whenever I blog, I feel ‘lighter’. Of course I do some other things as well but blogging certainly helps.
  • Hujung minggu ni MESTI pergi berenang di Kompleks Sukan. Dah dekat dua minggu tak masuk pool, stamina pun dah macam apa. Gotta get back into active lifestyle routine which I used to have. Swim at least three times a week. And I must swim at Olympic size pool. Swimming pool kat rumah tu kalau setakat nak main air boleh lah. Having said that, Sabtu ni adalah ‘Hari Raya’. Mesti. Tak boleh tidak.
  • Gotta tone my body again (by swimming). Dulu-dulu aku pernah cakap:

“Kita ni kalau tak kahwin pun, biarlah cantik (luar dan dalam). We have to take care of ourselves. Dari risau memikir siang malam kenapa tak kahwin-kahwin, baik develop yourself. Ambil online course. Jaga makan. Bersenam. Banyakkan baca buku (yang berguna). Manjakan diri pergi spa. Pergi travel, tengok dunia. Meet more people. Make new friends. Tidur cukup. Banyak minum air kosong. At least kalau tak kahwin pun, puas hati. Ini, dah lah tak kahwin. Buruk dan gemuk pulak tu. Sedih.”

  • Masa balik Raya hari tu, sempat khatamkan empat buah buku. Baca buku-buku lama yang Mak beli masa muda-muda dulu. Bulan Merah di Tiga Kuala tulisan Zahari Affandi pada aku paling menarik. Berkisar mengenai kehidupan para peladang di Pahi, Kelantan sekitar tahun 60-an hingga 70-an. Jenis buku yang memang tak akan jumpa dah sekarang ni. Rare, beb.

Advertisements