52.

Baru balik dari outstation. Outstation yang ke-2 sejak hujung bulan Julai lepas. Akan ada 2 outstations lagi sehingga 31 Ogos ni.

Seronok masa outstation yang baru lepas ni. Jumpa kawan-kawan baru dan lama. Ada yang terus terang minta nombor telefon kata nak mengurat tapi haramlah aku nak beri. Ada juga bertaut pandang tapi tak boleh dilayan sangat. Bila berada di umur begini (30-an), perlu semakin rapi menjaga diri. Khususnya dengan lelaki Melayu. Selalunya aku friendly, tapi aku cuba kawal agar tak dianggap kemaruk-nak-berlaki-sebab-umur-dah-meningkat. Aku tak tahu kenapa tapi lelaki Melayu tipikal selalu beranggapan kalau seorang perempuan tu friendly dengan dia, maka si perempuan tersebut berhajat untuk mempunyai anak(-anak) dengan dia. Duh.

Terus terang, aku selalunya curiga terhadap mana-mana lelaki yang cuba dekat. Terus terang juga, berada di position sekarang, aku tak memerlukan seorang lelaki dalam hidup aku (melainkan untuk meneruskan zuriat). Seorang kawan lama tanya, “Dah ada calon, Na?” Aku ketawa-ketawa. Beri jawapan yang samar-samar. Kalau ikutkan hati, nak aje jawab, “Buat masa ni aku tak berminat pada institusi perkahwinan.” Tapi nanti lain pula jadinya.

Kepala agak berserabut dengan macam-macam perkara. Job yang baru masuk (Alhamdulillah) perlu implement ASAP. Laporan outstation lepas. Laporan itu, laporan ini. Plan nak buat built in almari buku kat rumah. Plan nak buat roof garden kat balkoni belakang.

Like I said earlier, August would be a busy month. Sampaikan rancangan backpacking ke Bn terpaksa cancel. But it comes with a reward, though.

Alhamdulillah.

Advertisements