56.

IMG_6235 (1)

Pamukkale, Turki.

Dulu aku pergi Pamukkale ni dari Izmir. Naik bas. Masa tu aku rancang betul-betul perjalanan aku. Bukan macam sekarang ni. Main pergi aje. Bila dah sampai negara tu, baru fikir apa nak buat. Bergantung sepenuhnya dengan cadangan locals. After all, they know better, right? Konsep mengembara aku sekarang ni: Apa nak jadi, jadilah. I am trying to become a spontaneous traveller.

Kalau ikut plan asal, nak tengok matahari terbenam di Pamukkale ni. Tapi masa sampai tu dah lewat petang, dah dekat malam pun. Jadi esoknya lepas Subuh, aku terus pergi. Nak tengok matahari terbit, katanya. Masa aku sampai, tempat ni kosong dan lengang-selengangnya. Aku orang pertama untuk hari tu. Puas jalan sana sini. Tiba-tiba dalam pukul 7 macam tu, aku dengar bunyi Preet! Preeeeetttt!! Ada orang tiup wisel.

Nak jadi cerita, hari tu pak guard Pamukkale ni bangun lambat (atau aku yang terlalu awal). Dia sepatutnya jaga sesetengah kawasan yang pelancong tak boleh pergi/masuk. Masalahnya aku dah pun merayap-rayap di kawasan-kawasan terlarang tu. Hahaha

Mintak maaf pak guard Pamukkale! Saya janji tak buat lagi. 😀

Advertisements