57.

7824322

Sekarang aku tengah baca buku ni. Between Shades of Gray. Langsung tak ada kena-mengena dengan Mr. Grey dan Anastasia, ok? 😉

Buku ni termasuk di dalam genre Young Adult (YA). Buku-buku YA yang sedang meletup macam The Fault in Our Stars, Wonder, Socks Are Not Enough buat aku rasa menyampah bila baca. To me, those are overrated books. Tapi yelah. Bagaimanalah seorang makcik dapat menyelami pemikiran anak-anak muda zaman sekarang, kan?

But not this book.

Buku ni berlatar belakangkan kekejaman Soviet Union terhadap golongan borjuis di Lithuania, yang dipindahkan ke concentration camp di Siberia sewaktu WWII. Menyebut tentang H!tler dan Stal!n, bagaimana negara-negara Estonia, Latvia dan Lithuania dibahagi-bahagikan sesama mereka. Maka, turut terselit mengenai h0l0caust. Well.. Kita semua biasa dengar tentang kisah-kisah h0l0caust. Sampai satu masa, aku rasa muak dan pada aku cerita h0l0caust sudah terlalu dilebih-lebihkan.

Don’t get me wrong.

Memang h0l0caust kejam, tak berperikemanusiaan dan sebagainya. Books like The Book Thief, Maus I and II, The Reader are absolutely awesome and a must-read. Tapi kita jarang dengar perihal ethnic cleansing di Iraq, Syria, Afrika atau dari belahan dunia yang lain. Adakah nilai nyawa manusia tak sama dan bergantung pada bangsa dan negara? To me, that is totally unfair.

Jadi, buku Between Shades of Gray ni menghidangkan satu lagi untold story mengenai kekejaman Soviet Union. Aku tak habis baca lagi. Tapi setakat ni, jika dibandingkan dengan The Fault in Our Stars, buku ini jauh lebih layak mendapat perhatian.