59.

I am so deadly tired.

Baru balik dari outstation yang terakhir untuk bulan 8. Ada satu lagi di awal bulan September. Sepatutnya pertengahan September ada satu lagi, tapi aku cuba untuk arrange lebih awal dan tak memerlukan aku di field. Sebab aku perlu sediakan laporan untuk client dan buat monthly presentation untuk diorang. I’m giving my best for this job.

Tak tahu nak kata apa pasal outstation yang baru lepas ni. It was fun! New experience for me. I learnt a lot. Kelakar pun ada. It was great to be disconnected from the outside world for 4 days in a row. I was thinking to stay longer but the other members of the team refused. Diorang tak boleh hidup tanpa talian telefon, sedangkan aku rasa aman dan bahagia. It was such a bliss to be one with nature.

Ceritanya, kumpulan kami berkeliaran di salah sebuah kawasan hutan simpan untuk pemonitoran kualiti air sungai selama 4 hari (the monitoring work will be until November 2015). Hari terakhir, we decided to finish all the works, walaupun hari dah gelap. Tinggal satu sungai lagi untuk ambil sampel air. Ada rumah orang kampung yang terletak betul-betul bersebelahan sungai tu.

Ikut rancangan asal, ambil sampel air dari atas jambatan saja. Tapi water sampler tak sampai. Jambatan terlalu tinggi, sedangkan aku perlu ambil sampel air ikut kedalaman sungai. Sampel air di dasar sungai tak dapat nak ambil. Masa tu lah aku dan Cik Client nampak satu bot kecil parking di tebing sungai. “Let’s do our girl’s talk,” kata Cik Client.

Lepas bagi salam, seorang makcik keluar. Aku pun cerita lah masalah dan menyuarakan hasrat ingin menyewa bot dia sekali dengan minyak. Dia setuju. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an keluar dan isi minyak dalam jeriken. Disebabkan beliau adalah seorang makcik (dalam lingkungan 60 tahun), maka kami menyangka dia tak turun ke sungai. Tup-tup.. ada pulak makcik ni ikut sekali. All in all, dalam satu bot kecil ada 6 orang.

Hari dah semakin gelap. Mujur juga aku pun tak merancang nak set up stesen sampling jauh-jauh. Waktu di tengah-tengah sungai tu, aku perasan bot tu makin lama makin banyak air. Rupanya bot tu bocor! Dah satu kerja pulak aku nak kene menimba air keluar dari bot. Sambil ambik sampel air, sambil menimba air. Tapi masa tu aku tak cakap apa-apa. Tak nak bagi research team members yang lain panik. Dah lah yang dua orang tu memang tak pandai berenang dan sungai tu ada buaya!

Sepanjang ambik sampel air sungai, makcik tu mengencang satu macam. Muka ketat habis. Bila S tergelak sebab ada benda kelakar, kami kena marah, “Sungai ni ada buaya!” Cukup ambik sampel 3 stesen, aku dah takde mood, terus ajak naik atas darat walaupun kerja tak habis dengan sempurna.

Bila aku dengan Cik Client cerita dengan En. M, dia pun tak terkata-kata dan hanya mampu gelak. Rupa-rupanya, lelaki muda tu suami makcik tersebut dan beliau sedang paranoid takut laki mudanya dicaras oleh salah seorang daripada kami berempat. OMG. Tak terfikir langsung pun!

Kesimpulan dari cerita ini adalah, makcik yang tinggal dalam kawasan hutan simpan pun mampu menewaskan Che Ta di dalam perihal bersuami muda.

Sekian, terima kasih.

Advertisements