76.

Macam tahun lepas, tahun 2016 aku pun bermula dengan sedih. Hari ni aku dapat SMS salah seorang kawan blogger yang aku kenal dari tahun 2005 meninggal dunia atas sebab serangan jantung. Kami sama-sama dalam kumpulan Makcik Bloggers/Sentraal Station, which was initiated by Kak Teh and friends.

Tahun 2005-2006 aku pernah chatting dengan Ijun melalui Yahoo! Messenger buat beberapa lama. Masa tu dia dah di London. Jadi kaunselor cinta dia dengan seorang blogger lagi, N (diorang kenal dah lama, dan bukan melalui blog).  Aku suspect N mungkin cinta pertama Ijun. He was heartbroken. N ended up kahwin dengan orang lain. Dan Ijun pun moved on.

Aku ‘jumpa’ Ijun balik tahun Januari 2009 di Facebook. Masa tu aku pun dah kat UK. Then tup-tup aku dapat tahu dia pun dah kahwin. Since then kitorang berhenti contact each other dan meneruskan kehidupan masing-masing.

Sampailah hari ini. Kak Maya SMS aku kejap tadi. Rasa macam tak percaya. I asked for details. And that’s it.

Allahyarham Faridzun Misron – Al-Fatihah. Rest in peace.

Advertisements