78.

Screen Shot 2016-01-22 at 2.22.22 PMI’ve been participating in Goodreads reading challenge since 2011. Dari tahun 2011 sampai 2014, jumlah buku yang nak baca sentiasa sama – 50 buah buku setahun. Tapi tahun lepas, aku kurangkan jadi 40 buah buku setahun. Juga tahun ini. Sebab aku rasa semakin usia meningkat, aku perlu banyakkan baca buku-buku yang serius dan betul-betul bermakna serta boleh mengubah sisi-sisi negatif aku. Bila meletakkan sasaran terlalu tinggi, aku jadi cenderung untuk baca sebarang buku, terutamanya yang nipis tapi tak bererti. Hanya supaya objektif menghabiskan 50 buah buku setahun tercapai. Tanpa mengambil kira faktor kualiti buku-buku tersebut.

Setakat ini aku berjaya habiskan 2 buah buku:

Ini aku baca sewaktu travel di Australia. Tapi kalau sudah namanya sedang travel, memang susah untuk aku habiskan walau sebuah buku. Waktu malam atau waktu terluang selalunya aku isi dengan menulis travel journal. I was planning to watch the movie too, but yet to be done. Ada banyak movies yang sedang menunggu turn untuk ditonton. Malam ini aku nak habiskan filem Everest.

Cheryl Strayed adalah penulis buku Wild. Filemnya juga aku dah tonton. Secara ringkas, buku ini adalah kompilasi kolum Dear Sugar yang dikelolakan oleh Cheryl Strayed sendiri suatu ketika dahulu. Cheryl menerima surat-surat daripada para pembaca yang menceritakan dilema masing-masing dan Cheryl memberikan nasihat/pandangan berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri. Lebih kurang macam ruangan Cik Seri Siantan lah ni.

Pada aku, ada nasihat/pandangan Cheryl yang sesuai, ada yang tidak. Cheryl berpegang pada pandangan ‘suka-hati-aku-nak-buat-apa-yang-penting-aku-gembira’. Because.. let’s admit it. Selagi hidup di dalam planet ini, kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dan hanyalah sebuah utopia. Atau sebenarnya ada? Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan peraturan untuk membentuk peradaban. Kayu pengukur tinggi atau rendahnya nilai manusia adalah melalui peradaban. Dan di dalam peradaban, sifat-sifat kemanusiaan mendapat tempat yang tertinggi. Apakah sifat kemanusiaan yang paling penting? Salah satunya adalah keupayaan untuk menghormati dan meraikan perbezaan. Dengan kata lain, perbezaan (pandangan, politik, agama, pegangan hidup) diraikan bagi membentuk sebuah peradaban, maka secara tidak langsung ‘meraikan perbezaan’ itu sendiri menjadi salah satu peraturan untuk hidup sebagai manusia di atas muka bumi ini.

Sejarah sudah menunjukkan betapa banyaknya kita selaku manusia bereksperimen untuk mencapai kebebasan mutlak. Dan sekiranya kebebasan mutlak itu wujud, adakah ia benar-benar memberikan kegembiraan/kebahagiaan? Menarik untuk dibincangkan dan dikupas bersama tetamu hujung minggu ini. Dan aku perlu ulang baca buku Free Will  oleh Sam Harris.

Advertisements