79.

So. I’ve just started an admin position since early this month and I totally hate it. But still trying to do my best as it is an amanah. Kerja adalah amanah dan perlu dibuat sebaik mungkin. Dan aku malas nak fikir apa nak jawab di akhirat nanti kalau buat kerja ala kadar/suka beri banyak alasan – tapi aku tengok juga workload yang sedia ada. Rezeki pun nanti jadi tak berkat = duit haram. Dahlah duit gaji tiap-tiap bulan tu hantar kat Mak. Tak pasal nanti Mak aku pun makan hasil rezeki yang tak berkat.

Tapi aku stress gila. Sekarang aku faham kenapa former PhD supervisor aku berlari sampai 30km++ per session (he is now a director of a research institute in Oz). Stress level terlampau tinggi.

Anyway. Post ini dan yang akan datang adalah hasil permintaan seorang hadek yang dikenali melalui dunia blog dan ended up jadi one of my travel buddies. hahaha

Post kali ini adalah mengenai peralatan outdoors yang diperlukan ketika backpacking. I am not an expert at all but this is what I learned from years of research and sharing session with fellow travellers. As an overall, pada aku kalau travel, ada 3 perkara yang paling penting: peralatan untuk tidur, minum dan kasut.

So. Kenapa peralatan untuk tidur? Sebab aku suka tidur (aku selalu bersyukur aku tak ada anak (lagi) sebab pastilah masa tidur aku berkurang dengan drastiknya kalau manusia kenit itu wujud dalam hidup aku lol). Tapi pada masa yang sama aku suka travel. Nampak tak betapa bercanggahnya pernyataan tersebut? haha

Okay. Reason lain, sebab pada aku bila travel, kena dapat tidur yang cukup dan best. Walaupun sedang travel on a shoestring. I mean it. Kalau penat sebab tak cukup tidur dan rehat, susah nak enjoy perjalanan dan pengembaraan.

Baiklah. Benda pertama yang aku nak kongsi dan rasa korang patut invest adalah:

1. Sleeping pad

Aku pernah tulis benda ni dulu. Tapi aku tulis lagi lah. Sleeping pad ni tak diperlukan kalau korang jenis yang boleh tidur dalam hammock. Aku tak suka tidur dalam hammock sebab buat aku rasa pening. Jadi aku memang jenis yang kena tidur atas tanah lengkap tilam, bantal, selimut semua. hahaha

Ada beberapa jenis sleeping pad: insulated, non-insulated, self-inflated, inflatable. Aku ada jenis insulated + self-inflated (Thermarest) dan juga non-insulated+inflatable (Klymit). Saranan aku: go for insulated + inflatable. Insulated supaya retain body heat dan sejuk lantai tak masuk dalam badan, inflatable sebab packed size jadi lebih kecil (saiz botol Nalgene 1L) berbanding self-inflated. Ada juga good brand yang offer non-insulated + inflatable contohnya Klymit. Dia masih retain body heat walaupun tak sebagus insulated sleeping pads.

Which brand?

Go for Thermarest. Thermarest ni memang top kalau bab outdoor gears yang melibatkan aktiviti tidur. haha Sayugia diingatkan, harganya memang akan buat kau tercekik (paling murah RM400++) – tetapi it’s worth it. Produk dia manufactured for lifetime kot. Macam The North Face (lain topik).

Screen Shot 2015-08-12 at 12.08.57 PM
Thermarest sleeping pad (insulated + self-inflated). Kau campak aje nanti angin masuk sendiri dalam pad tu. Tak payah tiup-tiup.

Kalau rasa-rasa tak mampu beli Thermarest, go for Klymit. Aku guna Klymit sleeping pad (non-insulated + inflatable) masa travel di Australia tahun lepas. Aku camping merata-rata sepanjang aku travel dan aku boleh cakap, Klymit pun oklah. Tak se-best Thermarest tapi boleh tahan juga.

IMG_0192
Yang warna hijau tu Klymit sleeping pad (non-insulated+inflatable). Yang ini kena tiup dalam 10-15 kali. Boleh imagine la kot macam mana rupa dia kalau panjang dalam 180cm cam tu kan?

Dan jangan tak tahu, Klymit ni siap buat video untuk test durability sleeping pad dia:

Size?

Thermarest yang regular size selalunya kecil sikit berbanding Klymit. Lebar dalam 51cm sahaja, berbanding Klymit yang lebar dia dalam 60++ cm. Jadi bab size, Klymit memang menang. Panjang dalam 180 cm macam tu.

Where to buy?

Thermarest boleh dan lebih murah jika dibeli di eBay Malaysia. Klymit hari tu aku beli di Amazon US. Satu pesan aku, mulalah buat akaun di Amazon US dan Amazon UK. Harga outdoor gears di situ selalunya lebih murah bila beli online walaupun dah termasuk kos shipping ke Malaysia. Amazon UK – walaupun dia letak harga macam mahal (convert dari £ ke RM pulak tu!), tapi sebenarnya harga tu dah termasuk VAT (GST diorang) yang applied to UK residents. Jadi bila takde VAT, harga international shipping tu kadang-kadang lebih murah dari caj VAT. These days, aku perasan international shipping Amazon UK ni dah semakin bagus. Dia selalu estimate masa hantar dalam tempoh 2 minggu. Tapi selalunya barang akan sampai dalam masa 1 minggu sahaja.

Ok. Untuk entri outdoor gears ni aku buka ruangan komen. Silalah komen atau tanya apa-apa yang aku ter-missed. Nanti aku update gambar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s