80.

2. Bivvy sack

Ye betul. Bukannya sleeping bag. Kalau korang biasa travel bersepah dan merata-rata macam aku, pastinya korang menyedari akan hakikat betapa bulky nya sleeping bag dan makan banyak ruang dalam backpack, kan? Lebih-lebih lagi kalau setakat travel di SE Asia yang bukan di kawasan pergunungan, lebih baik jangan bawak sleeping bag.

Aku sendiri baru berkenalan dengan bivvy sack ni. Sewaktu backpacking di Australia, aku guna SOL Escape Lite Bivvy. Kenapa perlu invest beli bivvy?

  • Kalis air
  • Kalis angin
  • Boleh ganti sleeping bag
  • Regulate body heat
  • Breathable – maksudnya kalau rasa sejuk dan bungkus satu badan tutup muka pun masih boleh bernafas. This is proven with my SOL Escape Lite Bivvy.
  • Tak perlu bawa khemah. Macam point kat atas, kau bungkus zip satu badan macam mayat (erk..) pun kau tak akan lemas sesak nafas kat dalam tu.

Ok sambung tulis selepas 6 hari. Haha Nak buat macam mana, aku busy gila kot.

Aku baru survey. Bivvy sack yang paling power dikatakan US Army Goretex bivy. Bivvy ke, bivy ke sama lah tu. Asal usul perkataan dia adalah bivouac. Dia ada satu set dengan 2 jenis sleeping bags, harga dalam RM1K++. Kalau beli bivvy sack aje harga dalam RM300++ So, melainkan kau memang nak tidur ala-ala askar, beli bivvy sack dia aje pun dah cukup.

Kalau masa backpacking bawak bivvy, tinggal bawak sleeping bag liner (post akan datang) dan sleeping pad aje. Khemah dah tak perlu bawak (unless nak privacy dan sanggup bawa extra kilos). Bila aku backpacking, isu utama aku adalah berat backpack. Aku lagi jenis yang travel bersepah + merata-rata + hitchhiking = SANGAT banyak berjalan. So every grams count:

  • Backpack (baju 1 minggu – extra tips: JANGAN bawak baju lebih dari 1 minggu, tak kira berapa lama pun travel) = 5kg
  • Bivvy = 1kg (kalau SOL Escape tu lagi ringan, dalam 200g aje)
  • Sleeping bag liner = 100g
  • Sleeping pad = 400g
  • Bantal (optional. Sebenarnya tak perlu. Tapi aku kan suka tidur, jadi bantal pun bawak lol) = 300g
  • Total = < 10kg

How to use?

Bivvy paling luar. Kat dalam bivvy sumbat sleeping pad, sleeping bag liner. Kita tidur dalam sleeping bag liner.

Sayugia diingatkan, ada banyak jenis lagi bivvy. Ada yang siap ada besi so ada ruang kat area muka – dah rupa keranda aku nengok. Tapi pada aku, isunya adalah berat. Bivvy pole yang macam tent pole kalau jenis aluminium dah tentu akan tambah berat beg.

Nanti aku upload gambar SOL Escape Lite Bivvy. Kalau nak beli brand Stay Outdoor Longer (SOL) ni, aku nasihatkan beli yang versi SOL Escape (ada di Mudah). Tak payah beli Lite version sebab yang full Escape version tu boleh zip satu badan.

Advertisements

2 thoughts on “80.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s