81.

I just got back from Nepal (trekked the Annapurna Circuit), hence the breather of my previous post. Hahaha Bear with me, folks. Aku akan sambung dan cuba habiskan. Tapi tak tau la kurun ke berapa baru habis, kan..

Anyway. Disebabkan Nepal trip ini aku mendapat pelbagai soalan dan disebabkan aku rasa post pasal Nepal ni prioriti dia lagi tinggi, aku tulis dulu pasal Nepal ok? Ada beberapa posts yang dah tulis pasal persediaan apa benda nak bawak etc. Tapi aku akan tulis kesilapan-kesilapan yang aku buat sewaktu ke sana dengan harapan korang tak akan ulang kesilapan yang sama.

So, kesilapan aku sewaktu trekking di Annapurna Circuit adalah:

1. Wet wipes

I think this is logic yang aku pun tak paham macam mana aku boleh lupa. Tak kelakar ye cebok lepas buang air guna salji atau air dalam baldi yang penuh ais! If you decided to bring wet wipes, please bring the biodegradable ones. Kalau tak silap Guardian ada flushable feminine wipe. Yes. Bring those. Yang lelaki kalau nak bawak pun takde masalah kot. Kalau malu, selotep hitam aje part flushable feminine wipe tu. Sebab aku percaya bila kita travel, kita perlu jadi traveller yang beretika termasuklah menjaga alam sekitar.

2. Eye drops

If you wear contact lens like me, you definitely need this. Bila di kawasan tinggi, mata cenderung jadi lebih kering dari biasa. Kalau tak pakai contact lens pun mata jadi lebih kering jugak. So bring one from Malaysia.

3. Down jacket

This is a must. Boleh je tidur kalau mintak extra blanket dari tea house (yes the accommodation is called tea house), aku tak bawak pun masih boleh tahan rasa sejuk tu. Tapi kalau aku pegi Nepal untuk trekking lagi, aku memang akan bawak down jacket.

4. Sleeping bag jenis mummy

Sleeping bag yang aku bawak jenis open hood. Masa tidur di Thorong High Camp (4880 m), aku kena cover kepala guna jaket sebab tahap sejuk dia sampai kepala kau ada embun. Tak pasal kena hypothermia nanti.

Sebenarnya sleeping bag dan trekking pole boleh je sewa di Kathmandu. Tapi hari tu aku ingatkan tak cukup masa, tu yang bawak dari Malaysia.

5. Bivvy sack

Post aku sebelum ni pasal bivvy sack kan? Aku dengan penuh kebodohan tak bawak bivvy sack. Bodoh tahap apa pun tak tau. If you have one, please bring. It would help a lot masa tidur di tempat yang high elevation.

6. Really good gloves

Silalah dapatkan gloves yang betul-betul bagus, waterproof, windproof semua. Mine was just some cute mitten beli masa kat UK dulu dan aku menyesal tak sudah bawak gloves tu. Hujung-hujung jari aku sampai sekarang masih mengelupas.

7. Minyak gamat, pil chi kit teck aun

Aku bawak benda-benda ni tapi tak cukup banyak. Somehow, perut aku terasa berangin bila di tempat tinggi. Even kawan aku yg orang Nepal pun cakap perut dia macam gassy. So, please bawak any ointment yang boleh kurangkan rasa sebu tu.

8. ENO is a NO, NO

Having said that, JANGAN minum ENO untuk buang angin dalam badan. We suspect ENO works only at lowland areas. Aku dan kawan aku minum setengah paket sorang dan kami sakit perut sehari sebelum trekking/hiking ke Thorong-La Pass (5416 m), mercu tanda Annapurna Circuit tu. To make things worse, masa descend dari Thorong-La Pass, badan aku jadi terlampau lemah and I almost fainted. Sampai guide terpaksa bagi aku electrolyte untuk bagi tenaga so aku mampu berjalan sampai ke next village.

Setakat ni tu aje list mistakes yang aku buat dalam trip ni. Kalau aku teringat yang lain, nanti aku tambah. My next post will be on things that had helped me during the trekking.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s