85.

Jadi sejak akhir-akhir ini, di luar sedar matlamat hidup aku telah bertambah lagi satu: melucutkan segala bentuk dan jenis lemak yang berlingkar di perut dan pinggang. Entah tersampuk jembalang mana, aku diam-diam berikrar untuk sehabis baik cuba menjalani gaya hidup yang sihat.

Ini sekurang-kurangnya terbukti setakat ini. Minggu ini adalah minggu ke-5 aku berlatih yoga setiap hari tanpa culas, berenang dua kali seminggu dengan lebih 17 laps untuk setiap sesi. Kalau tak puasa, 20 laps ke atas.

Dan tak sia-sialah usaha aku sebab jeans lama beli masa di UK (kerampingan maksima) telah kembali muat! Woohoo! hahaha I’ve lost 2kg since last month. And I am not overweight to begin with. Kalau dengan 2kg tu pun BMI aku masih tersangatlah normal. But I just want to get rid of those lemak di perut dan pinggang. They are not THAT bad pun, kebaya masih boleh pakai takde hal. Tapi pendek kata, I verangan nak dapatkan bikini body lah hoi. HAHAHA Perut normal kan ada 1 lipatan saja dan RATA:

17726-bikini-body-pv.jpg
Bikini body idaman. Matilah letak gambar gini di bulan Remdan. #jangankecamsaya. Gambar berasal dari sini.

Setelah dipikir-pikirkan, aku rasa aku telah teracun dengan tahap flat perut kebanyakan yoga teacher yang aku jumpa/nampak. Yoga teacher aku umur dah 40 lebih perut flat nak arwah ok. Dan bila aku pergi kelas yoga, bila tengok refleksi di cermin perut aku dan dia, dengan tak semena-mena rasa intimidated. Belum lagi bila tengok gambar dia before and after join yoga – nampak macam umur dia reverse tau!

Anyhoo, I really love yoga and should have started much more earlier. It is gentle and I love the principle – love our body, listen to our body. Aku suka bila at the end of practice, aku rasa berdamai dengan diri sendiri, berpeluh macam air hujan, rasa tenang dan happy. Sumpah tak tipu. It has something to do with yoga poses yang stretching and strengthen our psoas muscles dan boleh bagi instant happiness – feel free to Google. Of course, segala hormon endorphin tu semua pun ada mainkan peranan jugak.

Immediate effect yang aku rasa adalah – lepas berenang freestyle stroke 1 lap, saya tidak lagi termengah-mengah mencungap mintak nyawa tetapi saya boleh tarik napas dan terus sambung breaststroke 1 lap lepas tu freestyle stroke lagi 1 lap. Mujur ada Pamoga! Ujar makcik berbaju kaler striking lengkap dengan mahkota yang tiba-tiba muncul di tengah sawah.

Tapiiii ibarat superman yang hilang power bila jumpa kryptonite, aku paling lemah kalau nampak kek, kuih popia, karipap, aiskrim dan keropok. These are my comfort food dan seringkali menjahanamkan usaha aku untuk makan makanan yang menyihatkan. Boo!

PS: I am so thankful to M, my trekking buddy in Nepal for introducing me to yoga. Surya namaskar A (sun salutation) sequence was my first lesson and I’ve fallen in love with yoga ever since. 🙂

Advertisements