93.

Gosh. I’ve never been happier and felt very healthy.

This is my 3rd week into gluten-free, dairy-free and soy-free diet and owh.aim.gee, my health condition has been greatly improved. I incorporated L-Glutamine twice a day and also bentonite clay and jojoba oil in my daily beauty regime and the result: WHY I ONLY DISCOVERED THEIR EXISTENCE IN 2016???

I am not sick, just in case you’re wondering. I am healthy, but I want to be healthier. I have gassy problem which I suspect derived from leaky gut issue, hence gluten-free, dairy-free, sugar-free and soy-free diet.

Remember my shoulder pain which I thought caused by yoga? Naahhh. It could be from leaky gut issue as well. And guess what? After 3 weeks of gluten-free, dairy-free, sugar-free and soy-free diet — my shoulder pain has been dramatically subsided.

So yes, I am back with my full blast daily yoga routine, normally accompanied by muzik gamelan which was surprisingly matched with all the asanas (yoga poses). haha

Yoga (with the right teacher) literally changed my life. Actually there was a glitch for the past two days but to my own surprise, I don’t feel stressful at all. I went to yoga class yesterday and guess what? I FELT EXTREMELY HAPPY AFTER THE CLASS! Memang luar biasa sebab diri aku yang dulu (sebelum praktis yoga dan amalkan healthy diet), akan rasa sangat stressful disebabkan these glitches. Tetapi kini tidak lagi!

I am now accepting and loving myself more than ever, jadi aku sangat berusaha untuk jaga:

  • tubuh badan (through yoga, swimming, hiking, probiotics, healthy diet)
  • minda (through travelling, reading, I have 7 more books to complete the list of 40 books I read this year)
  • jiwa (through solat, read and understand the Quran, meditation and gratitude)

Lagi pula, I am a registered organ donor since 2014. Which means, bila aku mati nanti organ-organ aku boleh digunakan oleh sesiapa yang memerlukan. 🙂 Sebenarnya, benda ni juga menjadi sebuah motivasi untuk kita sentiasa menjaga kesihatan – so that our body will still benefit others walaupun bila sudah mati nanti.

Advertisements

91.

Can you believe this – I am still not over with Nepal! When I said it was a life-changing experience, IT WAS A TRULY LIFE-CHANGING EXPERIENCE.

*sigh*

Ni bukan post-travel blues ke apa dah ni, I went to China at the end of June to celebrate my birthday in early July – but still, belum ada tempat yang boleh lawan Nepal. I am longing to be there like ALL THE TIME. Sentiasa ada perasaan yang menarik-narik dan memanggil-manggil aku untuk kembali ke sana..

89.

Ok. First sekali aku tak faham kenapa post ini TIBA-TIBA hilang lepas published semalam. Technical glitch?? Wtf. Aku juga BARU perasan kewujudan beberapa komen untuk posts sebelum ini. Komen-komen yang aku hanya sedar lepas selongkar app WordPress di iPad. Mohon maaf! Aku akan balas komen korang nanti ya?

Anyway. Marilah kita bersama-sama meneruskan kisah yang selanjutnya sebab tak ada maknanya kita nak stuck lama-lama dengan hal-hal kecil dan tak signifikan. Aku tulis balik post yang hilang ni. Yes thank you, WordPress.

Screen Shot 2016-08-15 at 9.23.59 PM

Those awkward moments when:

You just met your neighbour at a camping site and chat a bit. After a while, you asked him if you can tumpang his car back to KK. Sembang-sembang, siap share mid-life crisis masing-masing. Turned out dia adalah seorang artis Malaysia yang kau tak kenal (awkward moment #1).

Then datang dua orang mamat dari Mesir yang dah lama tinggal di Malaysia who happened to KNOW him, siap compliment his works – I reckon he is THAT good lah kan kalau foreigners pun puji kerja dia? (awkward moment #2). And I was like, “wth, who are you dude?” (dalam hati). Tapi aku ada beritahu aku ni academician dengan harapan dia akan membuat deduksi yang orang-orang akademik ni biasanya bebal dalam hal ehwal dunia hiburan. *lame excuses*

Sepanjang 4 jam perjalanan ke KK, sembang pasal isu politik dan racism di Malaysia. Lepas dia drop depan rumah, kau pun Google pasal dia and turned out dia salah seorang ahli kumpulan hip hop rock yang terkenal di Malaysia. Okaaayyy.

All in all, he’s a very humble person. Takde brag sana sini, dan tak macam certain retis di Malaysia yang pantang kalau orang tak kenal dia.

Sekian kisah hujung minggu saya.

PS: Ini antara kerja gila yang aku pernah buat. Elok saja mendarat di KK dari short trip di Lahad Datu, aku terus join road trip ke Kudat. Gila boi, gila. hahahaha

PSS: Dear U, I sincerely hope you tak kecik hati as I was absolutely clueless about you. Thank you for the conversation, drink and ride!

88.

IMG_0313

Perjalanan adalah tentang sudut pandang.

(Dan) Sudut pandang itu relatif. Perjalanan itu bukan untuk bicara benar salah, bukan untuk mengubah dunia. Perjalanan menembus zona bukan untuk memaksakan sudut pandang kita pada mereka, ataupun menelan mentah-mentah sudut pandang mereka. Perjalanan adalah belajar untuk melihat dari berbagai sudut pandang, memahami sudut pandang, dengan menjadikan mereka – orang-orang biasa dalam kehidupan biasa – sebagai tokoh utama kisah.

-Agustinus Wibowo, Titik Nol, m/s 439.

Dan ini pula yang sering aku katakan dan mudah-mudahan benar menyerap ke dalam diri aku sendiri: Mengembara (perjalanan) itu adalah satu proses panjang yang sepatutnya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan, agar perubahan itu mampu bersifat kekal dan dapat dibudayakan dalam kehidupan sehari-hari. Sudah namanya juga ‘proses’ maka sudah tentu butuh waktu. Budaya meraikan diversiti, misalnya. Tanpa melalui proses panjang ini, dapat kita lihat berapa ramai di antara kita yang dikatakan pergi ‘mengembara’ tetapi tetap pulang sebagai orang yang sama.

84.

Hari ni aku terasa bermurah hati nak belanja gambar Nepal. Mungkin sebab pagi tadi lepas meeting terbukak cerita pasal Nepal. Ha semangat la aku bercerita, meracun orang lain supaya pergi. haha

Aku banyak upload gambar Nepal dan travel aku di Instagram. Kalau nak tengok, cari handle name aku: hanakirana. Kalau nak tengok lah. Tak nak tengok, sudeh.

Akhir kata, semoga kalian pun ikut teracun untuk pergi trekking di Annapurna Circuit. Haha

RIMG0036
Lower elevation – on our way to Upper Pisang
RIMG0166
Higher elevation (almost 5000m) – Thorong High Camp
IMG_1002
When descending – at Muktinath

81.

I just got back from Nepal (trekked the Annapurna Circuit), hence the breather of my previous post. Hahaha Bear with me, folks. Aku akan sambung dan cuba habiskan. Tapi tak tau la kurun ke berapa baru habis, kan..

Anyway. Disebabkan Nepal trip ini aku mendapat pelbagai soalan dan disebabkan aku rasa post pasal Nepal ni prioriti dia lagi tinggi, aku tulis dulu pasal Nepal ok? Ada beberapa posts yang dah tulis pasal persediaan apa benda nak bawak etc. Tapi aku akan tulis kesilapan-kesilapan yang aku buat sewaktu ke sana dengan harapan korang tak akan ulang kesilapan yang sama.

So, kesilapan aku sewaktu trekking di Annapurna Circuit adalah:

1. Wet wipes

I think this is logic yang aku pun tak paham macam mana aku boleh lupa. Tak kelakar ye cebok lepas buang air guna salji atau air dalam baldi yang penuh ais! If you decided to bring wet wipes, please bring the biodegradable ones. Kalau tak silap Guardian ada flushable feminine wipe. Yes. Bring those. Yang lelaki kalau nak bawak pun takde masalah kot. Kalau malu, selotep hitam aje part flushable feminine wipe tu. Sebab aku percaya bila kita travel, kita perlu jadi traveller yang beretika termasuklah menjaga alam sekitar.

2. Eye drops

If you wear contact lens like me, you definitely need this. Bila di kawasan tinggi, mata cenderung jadi lebih kering dari biasa. Kalau tak pakai contact lens pun mata jadi lebih kering jugak. So bring one from Malaysia.

3. Down jacket

This is a must. Boleh je tidur kalau mintak extra blanket dari tea house (yes the accommodation is called tea house), aku tak bawak pun masih boleh tahan rasa sejuk tu. Tapi kalau aku pegi Nepal untuk trekking lagi, aku memang akan bawak down jacket.

4. Sleeping bag jenis mummy

Sleeping bag yang aku bawak jenis open hood. Masa tidur di Thorong High Camp (4880 m), aku kena cover kepala guna jaket sebab tahap sejuk dia sampai kepala kau ada embun. Tak pasal kena hypothermia nanti.

Sebenarnya sleeping bag dan trekking pole boleh je sewa di Kathmandu. Tapi hari tu aku ingatkan tak cukup masa, tu yang bawak dari Malaysia.

5. Bivvy sack

Post aku sebelum ni pasal bivvy sack kan? Aku dengan penuh kebodohan tak bawak bivvy sack. Bodoh tahap apa pun tak tau. If you have one, please bring. It would help a lot masa tidur di tempat yang high elevation.

6. Really good gloves

Silalah dapatkan gloves yang betul-betul bagus, waterproof, windproof semua. Mine was just some cute mitten beli masa kat UK dulu dan aku menyesal tak sudah bawak gloves tu. Hujung-hujung jari aku sampai sekarang masih mengelupas.

7. Minyak gamat, pil chi kit teck aun

Aku bawak benda-benda ni tapi tak cukup banyak. Somehow, perut aku terasa berangin bila di tempat tinggi. Even kawan aku yg orang Nepal pun cakap perut dia macam gassy. So, please bawak any ointment yang boleh kurangkan rasa sebu tu.

8. ENO is a NO, NO

Having said that, JANGAN minum ENO untuk buang angin dalam badan. We suspect ENO works only at lowland areas. Aku dan kawan aku minum setengah paket sorang dan kami sakit perut sehari sebelum trekking/hiking ke Thorong-La Pass (5416 m), mercu tanda Annapurna Circuit tu. To make things worse, masa descend dari Thorong-La Pass, badan aku jadi terlampau lemah and I almost fainted. Sampai guide terpaksa bagi aku electrolyte untuk bagi tenaga so aku mampu berjalan sampai ke next village.

Setakat ni tu aje list mistakes yang aku buat dalam trip ni. Kalau aku teringat yang lain, nanti aku tambah. My next post will be on things that had helped me during the trekking.