87.

So, what had happened in the past few weeks – turned out I pushed myself a little but too far in my yoga practice which caused shoulder pain for about a week. I took a breather and now I am returning to my yoga mat and this time I decided to take it easy. While it is good to sweat every morning before work, my well being is obviously far more important. And I think I’ve found a suitable yoga teacher (for now) – I went to many classes by different teachers just to find ‘the one’. She really focused on the correct alignment of each of her students (so we can truly benefit from yoga), rather than launched into a frantic vinyasa movement without really looking if the students are doing it correctly.

On the other hand, I made lots of new friends, those with the same passion – backpacking. We travelled together (to find hidden gems in this state) and had lots of fun. Can’t wait for our next adventure!  Woohoo!

P/S: I will continue writing on backpacking stuff in the next 2 or 3 entries.

 

Advertisements

86.

29918501Ini reviu aku untuk buku Lemoi tulisan Cikgu Hanisah:

Setiap hal yang dilakukan dari hati akan sampai ke hati. Itu aku percaya.

Aku mengenali Cikgu Hanisah sudah beberapa lama, meskipun hanya di alam maya. Mengikuti kisahnya di Lemoi dan ditemani wajah-wajah tulus anak-anak orang asli suku Semai sememangnya menjemput satu perasaan luar biasa. Jadi, apabila Lemoi tiba di tangan aku daripada penulisnya sendiri (terima kasih Pos Malaysia!), aku tanpa berlengah terus mula menghadam. Satu muka demi satu muka:

Ada sesetengah kisah yang bikin air mata jantan aku bergenang;

Ada yang buat aku tersengih sendiri dan;

Ada yang menjadikan aku pause diam berfikir sejenak kemudian sambung baca.

Himpunan anekdot di dalam Lemoi adalah kisah-kisah jujur malah sangat sederhana. Tidak ada kisah perempuan dianiaya kemudian diselamatkan lelaki yang nantinya menjadi suami. Tidak ada Tan Sri, Datuk dan Datin serta nama-nama watak yang mengembangkan bulu roma.

Lemoi adalah koleksi kisah pengorbanan dan ketulusan dalam menggalas amanah di pundak. Lemoi adalah naratif kehidupan manusia kecil berjiwa besar yang begitu bersemangat meraikan hidup meskipun serba kekurangan. Liku-liku hidup pahlawan tak didendang: para guru SK Lemoi, disampaikan dengan penuh santai dan humor – mengingatkan aku pada seni menghargai hal-hal sepele: keupayaan untuk menertawakan diri sendiri, sesuatu yang tak mampu dilakukan oleh semua orang.

Akhir sekali:

Lemoi ditulis dari hati. Ini aku percaya.

85.

Jadi sejak akhir-akhir ini, di luar sedar matlamat hidup aku telah bertambah lagi satu: melucutkan segala bentuk dan jenis lemak yang berlingkar di perut dan pinggang. Entah tersampuk jembalang mana, aku diam-diam berikrar untuk sehabis baik cuba menjalani gaya hidup yang sihat.

Ini sekurang-kurangnya terbukti setakat ini. Minggu ini adalah minggu ke-5 aku berlatih yoga setiap hari tanpa culas, berenang dua kali seminggu dengan lebih 17 laps untuk setiap sesi. Kalau tak puasa, 20 laps ke atas.

Dan tak sia-sialah usaha aku sebab jeans lama beli masa di UK (kerampingan maksima) telah kembali muat! Woohoo! hahaha I’ve lost 2kg since last month. And I am not overweight to begin with. Kalau dengan 2kg tu pun BMI aku masih tersangatlah normal. But I just want to get rid of those lemak di perut dan pinggang. They are not THAT bad pun, kebaya masih boleh pakai takde hal. Tapi pendek kata, I verangan nak dapatkan bikini body lah hoi. HAHAHA Perut normal kan ada 1 lipatan saja dan RATA.

Setelah dipikir-pikirkan, aku rasa aku telah teracun dengan tahap flat perut kebanyakan yoga teacher yang aku jumpa/nampak. Yoga teacher aku umur dah 40 lebih perut flat nak arwah ok. Dan bila aku pergi kelas yoga, bila tengok refleksi di cermin perut aku dan dia, dengan tak semena-mena rasa intimidated. Belum lagi bila tengok gambar dia before and after join yoga – nampak macam umur dia reverse tau!

Anyhoo, I really love yoga and should have started much more earlier. It is gentle and I love the principle – love our body, listen to our body. Aku suka bila at the end of practice, aku rasa berdamai dengan diri sendiri, berpeluh macam air hujan, rasa tenang dan happy. Sumpah tak tipu. It has something to do with yoga poses yang stretching and strengthen our psoas muscles dan boleh bagi instant happiness – feel free to Google. Of course, segala hormon endorphin tu semua pun ada mainkan peranan jugak.

Immediate effect yang aku rasa adalah – lepas berenang freestyle stroke 1 lap, saya tidak lagi termengah-mengah mencungap mintak nyawa tetapi saya boleh tarik napas dan terus sambung breaststroke 1 lap lepas tu freestyle stroke lagi 1 lap. Mujur ada Pamoga! Ujar makcik berbaju kaler striking lengkap dengan mahkota yang tiba-tiba muncul di tengah sawah.

Tapiiii ibarat superman yang hilang power bila jumpa kryptonite, aku paling lemah kalau nampak kek, kuih popia, karipap, aiskrim dan keropok. These are my comfort food dan seringkali menjahanamkan usaha aku untuk makan makanan yang menyihatkan. Boo!

PS: I am so thankful to M, my trekking buddy in Nepal for introducing me to yoga. Surya namaskar A (sun salutation) sequence was my first lesson and I’ve fallen in love with yoga ever since. 🙂

84.

Hari ni aku terasa bermurah hati nak belanja gambar Nepal. Mungkin sebab pagi tadi lepas meeting terbukak cerita pasal Nepal. Ha semangat la aku bercerita, meracun orang lain supaya pergi. haha

Aku banyak upload gambar Nepal dan travel aku di Instagram. Kalau nak tengok, cari handle name aku: hanakirana. Kalau nak tengok lah. Tak nak tengok, sudeh.

Akhir kata, semoga kalian pun ikut teracun untuk pergi trekking di Annapurna Circuit. Haha

RIMG0036
Lower elevation – on our way to Upper Pisang
RIMG0166
Higher elevation (almost 5000m) – Thorong High Camp
IMG_1002
When descending – at Muktinath

81.

I just got back from Nepal (trekked the Annapurna Circuit), hence the breather of my previous post. Hahaha Bear with me, folks. Aku akan sambung dan cuba habiskan. Tapi tak tau la kurun ke berapa baru habis, kan..

Anyway. Disebabkan Nepal trip ini aku mendapat pelbagai soalan dan disebabkan aku rasa post pasal Nepal ni prioriti dia lagi tinggi, aku tulis dulu pasal Nepal ok? Ada beberapa posts yang dah tulis pasal persediaan apa benda nak bawak etc. Tapi aku akan tulis kesilapan-kesilapan yang aku buat sewaktu ke sana dengan harapan korang tak akan ulang kesilapan yang sama.

So, kesilapan aku sewaktu trekking di Annapurna Circuit adalah:

1. Wet wipes

I think this is logic yang aku pun tak paham macam mana aku boleh lupa. Tak kelakar ye cebok lepas buang air guna salji atau air dalam baldi yang penuh ais! If you decided to bring wet wipes, please bring the biodegradable ones. Kalau tak silap Guardian ada flushable feminine wipe. Yes. Bring those. Yang lelaki kalau nak bawak pun takde masalah kot. Kalau malu, selotep hitam aje part flushable feminine wipe tu. Sebab aku percaya bila kita travel, kita perlu jadi traveller yang beretika termasuklah menjaga alam sekitar.

2. Eye drops

If you wear contact lens like me, you definitely need this. Bila di kawasan tinggi, mata cenderung jadi lebih kering dari biasa. Kalau tak pakai contact lens pun mata jadi lebih kering jugak. So bring one from Malaysia.

3. Down jacket

This is a must. Boleh je tidur kalau mintak extra blanket dari tea house (yes the accommodation is called tea house), aku tak bawak pun masih boleh tahan rasa sejuk tu. Tapi kalau aku pegi Nepal untuk trekking lagi, aku memang akan bawak down jacket.

4. Sleeping bag jenis mummy

Sleeping bag yang aku bawak jenis open hood. Masa tidur di Thorong High Camp (4880 m), aku kena cover kepala guna jaket sebab tahap sejuk dia sampai kepala kau ada embun. Tak pasal kena hypothermia nanti.

Sebenarnya sleeping bag dan trekking pole boleh je sewa di Kathmandu. Tapi hari tu aku ingatkan tak cukup masa, tu yang bawak dari Malaysia.

5. Bivvy sack

Post aku sebelum ni pasal bivvy sack kan? Aku dengan penuh kebodohan tak bawak bivvy sack. Bodoh tahap apa pun tak tau. If you have one, please bring. It would help a lot masa tidur di tempat yang high elevation.

6. Really good gloves

Silalah dapatkan gloves yang betul-betul bagus, waterproof, windproof semua. Mine was just some cute mitten beli masa kat UK dulu dan aku menyesal tak sudah bawak gloves tu. Hujung-hujung jari aku sampai sekarang masih mengelupas.

7. Minyak gamat, pil chi kit teck aun

Aku bawak benda-benda ni tapi tak cukup banyak. Somehow, perut aku terasa berangin bila di tempat tinggi. Even kawan aku yg orang Nepal pun cakap perut dia macam gassy. So, please bawak any ointment yang boleh kurangkan rasa sebu tu.

8. ENO is a NO, NO

Having said that, JANGAN minum ENO untuk buang angin dalam badan. We suspect ENO works only at lowland areas. Aku dan kawan aku minum setengah paket sorang dan kami sakit perut sehari sebelum trekking/hiking ke Thorong-La Pass (5416 m), mercu tanda Annapurna Circuit tu. To make things worse, masa descend dari Thorong-La Pass, badan aku jadi terlampau lemah and I almost fainted. Sampai guide terpaksa bagi aku electrolyte untuk bagi tenaga so aku mampu berjalan sampai ke next village.

Setakat ni tu aje list mistakes yang aku buat dalam trip ni. Kalau aku teringat yang lain, nanti aku tambah. My next post will be on things that had helped me during the trekking.

80.

2. Bivvy sack

Ye betul. Bukannya sleeping bag. Kalau korang biasa travel bersepah dan merata-rata macam aku, pastinya korang menyedari akan hakikat betapa bulky nya sleeping bag dan makan banyak ruang dalam backpack, kan? Lebih-lebih lagi kalau setakat travel di SE Asia yang bukan di kawasan pergunungan, lebih baik jangan bawak sleeping bag.

Aku sendiri baru berkenalan dengan bivvy sack ni. Sewaktu backpacking di Australia, aku guna SOL Escape Lite Bivvy. Kenapa perlu invest beli bivvy?

  • Kalis air
  • Kalis angin
  • Boleh ganti sleeping bag
  • Regulate body heat
  • Breathable – maksudnya kalau rasa sejuk dan bungkus satu badan tutup muka pun masih boleh bernafas. This is proven with my SOL Escape Lite Bivvy.
  • Tak perlu bawa khemah. Macam point kat atas, kau bungkus zip satu badan macam mayat (erk..) pun kau tak akan lemas sesak nafas kat dalam tu.

Ok sambung tulis selepas 6 hari. Haha Nak buat macam mana, aku busy gila kot.

Aku baru survey. Bivvy sack yang paling power dikatakan US Army Goretex bivy. Bivvy ke, bivy ke sama lah tu. Asal usul perkataan dia adalah bivouac. Dia ada satu set dengan 2 jenis sleeping bags, harga dalam RM1K++. Kalau beli bivvy sack aje harga dalam RM300++ So, melainkan kau memang nak tidur ala-ala askar, beli bivvy sack dia aje pun dah cukup.

Kalau masa backpacking bawak bivvy, tinggal bawak sleeping bag liner (post akan datang) dan sleeping pad aje. Khemah dah tak perlu bawak (unless nak privacy dan sanggup bawa extra kilos). Bila aku backpacking, isu utama aku adalah berat backpack. Aku lagi jenis yang travel bersepah + merata-rata + hitchhiking = SANGAT banyak berjalan. So every grams count:

  • Backpack (baju 1 minggu – extra tips: JANGAN bawak baju lebih dari 1 minggu, tak kira berapa lama pun travel) = 5kg
  • Bivvy = 1kg (kalau SOL Escape tu lagi ringan, dalam 200g aje)
  • Sleeping bag liner = 100g
  • Sleeping pad = 400g
  • Bantal (optional. Sebenarnya tak perlu. Tapi aku kan suka tidur, jadi bantal pun bawak lol) = 300g
  • Total = < 10kg

How to use?

Bivvy paling luar. Kat dalam bivvy sumbat sleeping pad, sleeping bag liner. Kita tidur dalam sleeping bag liner.

Sayugia diingatkan, ada banyak jenis lagi bivvy. Ada yang siap ada besi so ada ruang kat area muka – dah rupa keranda aku nengok. Tapi pada aku, isunya adalah berat. Bivvy pole yang macam tent pole kalau jenis aluminium dah tentu akan tambah berat beg.

Nanti aku upload gambar SOL Escape Lite Bivvy. Kalau nak beli brand Stay Outdoor Longer (SOL) ni, aku nasihatkan beli yang versi SOL Escape (ada di Mudah). Tak payah beli Lite version sebab yang full Escape version tu boleh zip satu badan.

79.

So. I’ve just started an admin position since early this month and I totally hate it. But still trying to do my best as it is an amanah. Kerja adalah amanah dan perlu dibuat sebaik mungkin. Dan aku malas nak fikir apa nak jawab di akhirat nanti kalau buat kerja ala kadar/suka beri banyak alasan – tapi aku tengok juga workload yang sedia ada. Rezeki pun nanti jadi tak berkat = duit haram. Dahlah duit gaji tiap-tiap bulan tu hantar kat Mak. Tak pasal nanti Mak aku pun makan hasil rezeki yang tak berkat.

Tapi aku stress gila. Sekarang aku faham kenapa former PhD supervisor aku berlari sampai 30km++ per session (he is now a director of a research institute in Oz). Stress level terlampau tinggi.

Anyway. Post ini dan yang akan datang adalah hasil permintaan seorang hadek yang dikenali melalui dunia blog dan ended up jadi one of my travel buddies. hahaha

Post kali ini adalah mengenai peralatan outdoors yang diperlukan ketika backpacking. I am not an expert at all but this is what I learned from years of research and sharing session with fellow travellers. As an overall, pada aku kalau travel, ada 3 perkara yang paling penting: peralatan untuk tidur, minum dan kasut.

So. Kenapa peralatan untuk tidur? Sebab aku suka tidur (aku selalu bersyukur aku tak ada anak (lagi) sebab pastilah masa tidur aku berkurang dengan drastiknya kalau manusia kenit itu wujud dalam hidup aku lol). Tapi pada masa yang sama aku suka travel. Nampak tak betapa bercanggahnya pernyataan tersebut? haha

Okay. Reason lain, sebab pada aku bila travel, kena dapat tidur yang cukup dan best. Walaupun sedang travel on a shoestring. I mean it. Kalau penat sebab tak cukup tidur dan rehat, susah nak enjoy perjalanan dan pengembaraan.

Baiklah. Benda pertama yang aku nak kongsi dan rasa korang patut invest adalah:

1. Sleeping pad

Aku pernah tulis benda ni dulu. Tapi aku tulis lagi lah. Sleeping pad ni tak diperlukan kalau korang jenis yang boleh tidur dalam hammock. Aku tak suka tidur dalam hammock sebab buat aku rasa pening. Jadi aku memang jenis yang kena tidur atas tanah lengkap tilam, bantal, selimut semua. hahaha

Ada beberapa jenis sleeping pad: insulated, non-insulated, self-inflated, inflatable. Aku ada jenis insulated + self-inflated (Thermarest) dan juga non-insulated+inflatable (Klymit). Saranan aku: go for insulated + inflatable. Insulated supaya retain body heat dan sejuk lantai tak masuk dalam badan, inflatable sebab packed size jadi lebih kecil (saiz botol Nalgene 1L) berbanding self-inflated. Ada juga good brand yang offer non-insulated + inflatable contohnya Klymit. Dia masih retain body heat walaupun tak sebagus insulated sleeping pads.

Which brand?

Go for Thermarest. Thermarest ni memang top kalau bab outdoor gears yang melibatkan aktiviti tidur. haha Sayugia diingatkan, harganya memang akan buat kau tercekik (paling murah RM400++) – tetapi it’s worth it. Produk dia manufactured for lifetime kot. Macam The North Face (lain topik).

Screen Shot 2015-08-12 at 12.08.57 PM
Thermarest sleeping pad (insulated + self-inflated). Kau campak aje nanti angin masuk sendiri dalam pad tu. Tak payah tiup-tiup.

Kalau rasa-rasa tak mampu beli Thermarest, go for Klymit. Aku guna Klymit sleeping pad (non-insulated + inflatable) masa travel di Australia tahun lepas. Aku camping merata-rata sepanjang aku travel dan aku boleh cakap, Klymit pun oklah. Tak se-best Thermarest tapi boleh tahan juga.

IMG_0192
Yang warna hijau tu Klymit sleeping pad (non-insulated+inflatable). Yang ini kena tiup dalam 10-15 kali. Boleh imagine la kot macam mana rupa dia kalau panjang dalam 180cm cam tu kan?

Dan jangan tak tahu, Klymit ni siap buat video untuk test durability sleeping pad dia:

Size?

Thermarest yang regular size selalunya kecil sikit berbanding Klymit. Lebar dalam 51cm sahaja, berbanding Klymit yang lebar dia dalam 60++ cm. Jadi bab size, Klymit memang menang. Panjang dalam 180 cm macam tu.

Where to buy?

Thermarest boleh dan lebih murah jika dibeli di eBay Malaysia. Klymit hari tu aku beli di Amazon US. Satu pesan aku, mulalah buat akaun di Amazon US dan Amazon UK. Harga outdoor gears di situ selalunya lebih murah bila beli online walaupun dah termasuk kos shipping ke Malaysia. Amazon UK – walaupun dia letak harga macam mahal (convert dari £ ke RM pulak tu!), tapi sebenarnya harga tu dah termasuk VAT (GST diorang) yang applied to UK residents. Jadi bila takde VAT, harga international shipping tu kadang-kadang lebih murah dari caj VAT. These days, aku perasan international shipping Amazon UK ni dah semakin bagus. Dia selalu estimate masa hantar dalam tempoh 2 minggu. Tapi selalunya barang akan sampai dalam masa 1 minggu sahaja.

Ok. Untuk entri outdoor gears ni aku buka ruangan komen. Silalah komen atau tanya apa-apa yang aku ter-missed. Nanti aku update gambar.